Penantian dalam Doa

Salam Advance readers :)
Penantian dalam Doa. Hidup ni ada turun dan naik. Orang kata kalau hidup ni tak ada turun dan naik, matilah kehidupan tersebut. Setiap hari yang kita lalui sebenarnya ada sesuatu yang kita ingin capai dalam masa akan datang. Alhamdulillah, sekarang ni banyak juga hajat-hajat aku yang dah tercapai. One of that, aku dah dapat segulung Ijazah. Selama 3 tahun aku belajar, akhirnya aku jadi graduan. Dan pada waktu akan datang, aku menanti untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik untuk aku. Sekarang ni aku bekerja biasa-biasa dulu. A bit looser pun ada rasanya ni. Tapi aku tetap bersyukur sebab at least ada jugak benda yang aku buat, cuma tempat ni tak berapa sesuai untuk aku. So, aku menanti pekerjaan yang lebih sesuai dengan aku.

Aku selalu fikir, "dekat manalah aku duduk nanti"? "Kerja apalah aku nanti"?. Soalan ni selalu berputar dalam fikiran aku. Hari-hari berdoa supaya Allah beri yang terbaik untuk aku. Mungkin agak lambat rencananya, jadi aku perlu sabar menanti perkara itu berlaku. Sebenarnnya kita tak boleh fikir sgt hal2 mcm ni sebab semua ni dah ditetapkan Allah. Bila fikir semua ni akan buat kita jadi runsing, resah dan tak bersyukur. Hhmm, tapi biasalah, orang perempuan selalu "Overthinking".  hehe



Selain itu, aku dah jumpa someone yang bakal menjaga aku nanti InsyaAllah. Tapi ikatan pertunangan itu belum menjamin apa-apa. Cuma aku bersyukur sebab Allah dah pertemukan aku dengan seseorang yang tersangatlah baik bagi aku. Pertemuan yang singkat itu tanpa diduga mengikat aku dalam ikatan ini. Cuma aku berharap Allah dan semua orang Redha dengan ikatan ni. InsyaAllah, aku cuba menjadi yang terbaik dalam hubungan ini.



Kadang-kadang aku selalu baca kisah-kisah rumahtangga yang bergolak. Kadang-kadang rasa takut. Ujian Allah tu pasti ada. Kadang-kadang selalu terfikir "Apalah ujian untuk aku nanti"? Cuma yang mampu aku doa adalah supaya Allah jauhkan aku dari takdir buruk dan berikan takdir yang terbaik. Kekuatan Iman perlu ada dalam diri supaya tak terus rebah bila ditimpa ujian. hhmm. Tak tahulah aku kuat ke tak nak tempuh ujian-ujian tu nanti. Rata-rata masalah yang aku tengok bila keluarga tersebut tak mengamalkan cara hidup Islam. Bagi aku solat tu paling utama. Kalau tak jaga solat, masakan dapat hidup dalam keluarga yang utuh. Kalau jaga solat, InsyaAllah tingkah-laku dan akhlak kita terjaga. Taklah jadi kes panas baran, tak bertanggungjawab, suami kaki perempuan, suami tgk filem lucah, isteri keluar dengan lelaki lain dan mcm2 lagi. 

Dengan itu, setakat ni jelah yang dapat dicoretkan setakat ini. Dah lama tak berblogging, takde idea dah nak menulis. hihi. Wassalam. 

No comments: