Ini Kisah Ibu

Salam advance readers...

Dah lama tak update blog. Harini husband I takde sebab dia balik kampung. Apalah lah nasib aku kena kerja on saturday and sunday kali ni. Nasib baik isnin & selasa nanti cuti. Adalah masa nak mengupdatenya ni haaa. Ini kisah ibu. Baru je call ibu 2 minit yang lepas. hehe. lepaskan rindu yang terpendam. Hampir 3 bulan tak balik kampung. Rasanya haihhhhhh. dah kahwin pun homesick jugak. ehemm. harini 22 November, maksudnya lagi 5 hari birthday Ibuuuuu dan aku. hehe. Iye, birthday kitorang sama. satu tarikh. Maksudnya masa ibu lahirkan aku, masatu hari lahir ibu. Sweetkannn? kehkehkeh. Pukul 3.05 pagi 27 NOV 1990 aku menendang nak keluar. Ha, 3.05 kg kauuu. Gemuk tak aku? well, gemuk sampai sekarang. heee. Terima kasih ibu lahirkan anakmu yang comel sikit ni. ngeh3..

Yup, entry ni aku buat khas sempena birthday kami yang bakal menjelma 5 hari lagi. Tapi sedih, birthday kali ni kami sambut dalam keadaan ibu yang tak berapa nak sihat.19 April 2014. Tarikh yang buat aku sedih sesedih sedihnya. Inilah hari ibu kena stroke. Masatu ibu pergi kenduri kahwin. Macam biasa, ibu ikut geng2 marhaban. Masatulah dia kena. Masatu aku dan suami (tunang masatu) ada dekat rumah. Kebetulan masatu kami balik sebab nak uruskan hal perkahwinan. Tapi Allah tarik nikmat sihat pada ibu. 

Aku blurr. Terkejut. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik masatu ada suami. Oleh kerana dia ada pengalaman masa jaga ayah dia dulu, dia tahulah apa nak buat. Nasib baik dia cool je. Takdelah menggelabah macam aku ni. keh3. Huru-hara sikit makcik ni. Malam tu, aku jaga ibu dekat hospital. Sepanjang malam aku nangis. Tidur? Memang taklah. Tak lalu nak tidur. Aku pegang tangan ibu, dengan harapan dia balas balik genggaman tangan aku. Tapi hampa.(T_T)

Tak sampai hati aku nak lihat keadaan ibu macam tu. Ibu yang dulunya aktif, sekarang terbaring. Masatu aku baru je seminggu kerja dengan TMC. Then, amek AL dua hari untuk jaga ibu dekat hospital. Kebetulan seminggu lepastu, aku kena kerja dekat mersing. Bolehlah aku ulang-alik setiap minggu. Macam-macam cara dah cuba berubat, keadaan ibu makin elok, tapi belum sembuh sepenuhnya. 

Alhamdulillah, sekarang ibu beransur pulih. Suaranya semakin elok. Muka semakin ceria walaupun keadaannya tidak seperti dulu. Berat ibu susut dari 70kg ke 55kg. Jalannya tak seelok dulu.  Aku kagum dengan ayah yang jaga ibu dengan baik. Makan, pakai, kebersihan ibu semua ayah jaga dengan baik. Sweet betul ayah. ngeh3. Tapi kesian ayah. Dalam keadaan umur dia yang semakin meningkat, dia perlu jaga ibu yang sakit. Orang kata, bila jaga orang sakit ni, kita pun sakit. Betul sangat. Aku yang kadang-kadang jaga ibu pun terasa penantnya. Kadang-kadang mengeluh juga. Berdosa betul rasa. Kadang-kadang terasa berdosa dalam mengutip pahala, sedangkan itu memang tanggungjawab aku utk jaga ibu dan ayah. 

Sempena hari lahir ibu, aku doakan semoga ibu pulih seperti biasa. Diberi kesihatan yang baik, ditingkatkan iman. aminnnn Selamat hari lahir IBU! I LOVE YOU! tak sabar nak balik kampung next week. yeayyyy!

Sekian untuk entry kali ni, good night!