Salam Advance all,
dengan cuaca petang yang agak panas sambil dihembus angin yang sederhana nie, tergerak hati nak update pasal my engagement. Sebelum tu saja bukak lagu "Nothing's Gonna Change My Love For You" untuk ambil mood untuk menaip.
Let's start,
Waktu perkenalan kami amat singkat. Masa tu aku praktikal dekat Menara TM. Dia pulak memang bekerja disitu. Hmm. Kebenaran yang sebenar-benarnya ialah kami jumpa dalam Instagram. Waktu tu aku pulak baru je putus cinta. kiki. Dia ni asyik dok like je gambar2 aku. Masa tu aku buat tak tahu je, tapi lama-lama makin ketara pulak perangai dia. sampai satu hari, aku pun bukak lah IG dia, nak stalk dia pulak lah. Punyalah stalk, stalk, stalk, scrool, scrool aku tgk gambar2 dia. Ok, "Not Bad". haha. Hmm. Bila aku tgk gambar2 dia, byk jugak tempat yg dia pergi sama dgn tempat yg aku pergi. Kdg2 berbalas jugaklah comment dekat IG. Sampaikan abang aku perasan yg dia mcm nk ngurat aku bila hampir semua gambar aku dia like.
Tapi dekat IG tu setakat itu je lah. Then, aku cuba search nama dia dekat twitter. Ahhaaa. ehemm. ada twitter rupanya. aku pun scrool, scrool. scrool, stalk dan stalk dia. ahhaaa. mcm baru putus cinta atau cinta tak kesampaian je mamat ni. ehem, waktu dah ada rasa suka jugak dekat dia. suka je. tak lebih. hehe. Bila dah follow dekat twitter, dia pun follow aku semula. Hmm. dari situlah berbalas-balas tweet. Sampai satu tahap tu aku bergurau suruh dia belanja bila dia dapat BR1M untuk staff TM. Aku tahu pasal BR1M tu sebb aku pergi program tu. Saje je tweet suruh belanja sebab nak tegur dia. Ehh, ehh. mamat ni serius pulak nak belanja aku.
1st time aku jumpa dia waktu breakfast. Dia amek aku dekat menara TM dan bawa aku pergi makan dekat UM. (Tempat First Dating). Dari situlah aku kenal dia, hhhmmm. selesa. ok je. baru jumpa dah rasa mcm kenal lama. Masa ni kira belum belanja lagi. sebab dia janji nak belanja Nasi Arab. Yang ni mkn biasa-biasa je. huhu. Beberapa hari or minggu kemudian, aku balik kampung. Bila aku balik KL semula, dia dengan baik hati kononnya mengoffer diri nak ambil aku dekat TBS, then barulah tunaikan janji nak belanja Nasi Arab tu. Lepastu kitorg pun berjalan2 dekat Putrajaya. Ahha. dah mcm2 dah bercerita. Hhmmm. Sebelum aku jumpa dia, aku bagi dia syarat supaya bawak anak saudara dia Imran. Sebab dlm gmbar IG dia memang byk gambar Imran. Jumpa kali ni dia bawak Imran sekali.
Sampai satu haritu, baru balik lunch, aku rasa dalam kali ke-3 or ke 4 aku jumpa dia, dia bagi aku email yang dia nak jadikan aku isteri dia suatu hari nanti. kehkehkeh. Hmmm. Sebenarnya aku dah boleh agak dia akan cakap dekat aku perkara ni, cuma aku tak tahu bila dia nak cakap. So, bila dia bagi email tu, aku tak terkejut pun. Then, hari-hari seterusnya aku kadang2 pergi lunch dgn dia bila kwn2 aku xde. Kadang2 dia hantar aku balik. Kadang2 kitorg pergi buka puasa sama2.
Then dia menyatakan lagi hasrat dia. Masa tu kitorg pergi masjid negara. Masa tu aku tak bagi dia jawapan lagi sebab aku takut nak cakap dekat parents aku. Yelah, parents aku tak bagi aku kahwin awal sgt sebenanrnya. hehe. But, bila aku cakap dekat parents, diorg bagi respond yg baik. eheeem. Then, parents suruh aku bawak dia balik untuk berjumpa.
Phewww. ok. nervous jugak nak bawak mamat ni balik rumah. hhmm. tapi tgk cara and ciri2 yg ada pada dia, aku rasa ok je kot. then, kitorg pun baliklah kampung. Hmmm. dekat kampung pun mcm biasa je. biasalah balik kampung dah jumpa katil sendiri aku pun byk tidur je dekat rumah. aku pun xtahulah apa yg dia dgn parents aku borakkan. hihi. Balik dari kampung je, dia terus je ajak aku beli cincin. pheeww. laju betul mamat ni. Planningnya masa raya tu kitorang merisik je. Tapi oleh kerana family dia jauh, mak dia dan Ibu aku setuju nak tunangkan kami terus. opppss.. errrr. errmmm. ok. Ikut je lah cakap family walaupun masatu dalam ready tak ready. Masa bertunang tu, 1st time aku jumpa family dia. Bila aku cakap dekat kwn2 aku nk bertunang diorg mcm xpercaya. Sebab aku baru je kot lepas putus cinta sgt. kiki. Hmmm. dah jodoh. tu je aku mampu cakap.
And now, kitorang dah pun bertunang. InsyaAllah, tahun depan baru majlisnya. Bila tu, belumlah ditetapkan. Hopefully, everything will goes right. Kadang-kadang rasa kelakar pulak. Tak sangka ade jugak yg dapat jodoh dari Instagram. kikiki. Apa-apa pun yang penting niat kedua-duanya. Jika dua-dua ikhlas, insyaAllah. Mcm mana cara jumpa tu xpenting. hee
Sebelum tu, nak share sikit, amalan2 yang boleh diamalkan untuk dapat jodoh. antaranya perbaiki diri, rajin2 solat sunat Dhuha dan Istikharah, doa byk2. jgn memilih, jadi org baik, insyaAllah dapat yang baik.Sekian unutk entry kali ini. :D
No comments:
Post a Comment