"Indahnya jika aku sering bersyukur"

Salam Advance readers,
Dengan cuaca yang separa mendung ni, terdetik hati aku nak tulis pasal rasa syukur. Sebenarnya aku tengah lihat seorang pakcik. Entah kenapa hati aku jadi sayu tengok dia. Rasa kesian. Dengan itu mulalah coretan yang tak berapa nak tercoret. 

Syukur.
Tak semua orang pandai bersyukur. Syukur merupakan satu ucapan terima kasih kepada Allah atas setiap apa yang telah diberikan. Namun ramaikah daripada kita mengucapkannya dibibir atau dalam hati. Sepatutnya disetiap helaan nafas kita harus diakhiri dengan ucapan 'Alhamdulillah". Sayangnya Allah pada kita, tanpa ucapan tersebut, Dia masih beri kita menyedut udara. Tanpa ucapan "Alhamdulillah" Dia beri kita rezeki yang tidak putus-putus. 

Syukur.
Aku disini. Bekerja  dengan gaji yang tak seberapa. Kadang-kadang aku mengeluh. Kadang-kadang aku runsing. Kadang-kadang aku rasa nak berhenti. Ini semua kenapa? Sebab aku tak reti bersyukur. Kadang aku sedar yang aku perlu bersyukur. Dan kadang-kadang aku lupa dan mengeluh lagi.

Syukur.
Aku lihat wajah-wajah insan yang bekerja. Dengan gaji yang tak seberapa. tapi gigih mencari rezeki. Bagaimana perjalanan hidup mereka? Pernahkan mereka  bergembira, melancong, lihat negeri atau negara orang lain? Aku lihat pakcik kepenatan, peluh membasahi. Kata-kata yang lembut ditutur. Tak pernah membongkak walau dah bekerja lama dan berjawatan. 

Syukur. 
Aku lihat insan lain. Agak berumur, dengan gaji yang tak seberapa. Dan boleh aku katakan duduk dikawasan kampung yang agak terpencil. Tak pernahkah mereka mahu berhijrah. Pergi kesuatu tempat yang lebih baik? Sudahkah mereka bersyukur dengan apa yang mereka dah dapat? Redhakah mereka dengan jalan hidup mereka ini? Mungkin dengan pekerjaan ini mereka dapat menyara hidup isteri dan anak-anak, sudah memadai. Indahnya jika aku juga mampu untuk bersyukur seperti mereka.

Syukur. 
Aku anak muda. Banyak lagi perkara yang aku harus fikir. Mereka lalui hidup sebegini. Aku ini masih lagi terumbang-ambing. Belum ada kerja tetap. Belum mempunyai keluarga. Bagaimana jalan aku nanti. Lebih elok atau sebaliknya? Aku takut. Ujian apa yang aku akan terima. Ujian apa yang harus aku harungi. Ijazah yang miliki belum mampu memberi aku kerja yang terbaik. 

Syukur. 
Aku masih menanti sesuatu yang lebih baik. Mengharapkan ada hikmah yang besar mengapa aku disini. Terus bersangka baik seiring dengan usaha dan doa. 

Syukur, 
Jika nak dibandingkan hidup, memang tidak adil. Sebab rezeki setiap orang tak sama. Ada lebih, ada kurang. Nasib dan takdir hidup telah diaturkan, cuma bergantung pada diri kita, mahu bersyukur dan redha atau tidak. 


Indahnya jika aku mampu bersyukur atas setiap perkara yang berlaku. Indahnya jika aku mampu lihat hikmah disetiap kejadian. Namun, hati aku kadang-kadang buta. Tak mampu nak melihat sesuatu dengan baik sehingga aku tidak mampu bersyukur. 

Wassalam :)














No comments: