Tinggal dibangunan yang tinggi

selamat pagi, petang, malam, tengahari atau dalam apa-apa waktu pun. selamat saya ucapkan. duduk di k.l ni banyak cabaran dan dugaan. tapi tiada kene mengena dengan entry kali ini. bila duduk dekat sini, aku banyak nampak rumah-rumah flat, apartment, kondominium  dan bangunan yang tinggi. almaklumlah. orang kampung, tak biasa dengan bangunan tinggi ni. tapi aku merasa la kan duduk dekat bangunan yang tinggi, masa aku belajar dekat melaka. 

                                                              

Kalau boleh dah kerja dan kahwin nanti, aku tak nak duduk dekat rumah flat or apartment. kalau boleh lah. kalau apartment yang 5 or 6 tingkat takpe lah. masa dekat melaka, aku duduk dekat apartment Yayasan Melaka. Apartment ni 16 tingkat. 3 sem aku duduk dekat situ. 2 sem aku duduk dekat blok A, dan dapat level 11 dgn 14.

yang nak diceritanya, masa aku duduk dekat blok B, dapat level 5. aku tak tahu la macam mane pihak pengurusan buat kerja. macam mana dia boleh satukan budak lelaki dan perempuan dalam satu bangunan. Dan budak-budak lelaki kena duduk dekat level atas. kitorg yg perempuan ni jadi mangsa keadaan di level bawah. Yang lelakinye kalau berhati budiman tak pe. ni semua, hampehh. almaklumlah, kanak2 lagi, sebb diorg ni student *****, *** dan apa ntah. so, umur diorg ni belum matang lagi. 

                                       
macam-macam yang berlaku sepanjang aku duduk dekat blok B. Diorang dah la suka buat bising. dan yang paling geram, diorang suka campak2 sampah keluar tingkap. tak bertamadun langsung. diorg tak fikir ke keadaan kitorg yang dekat bawah ni? bukan setakat sampah, air, kulit durian, tin-tin kosong semua nak dicampak keluar. 

Masa hari tu, aku berdiri lah tepi tingkap untuk menikmati pemandangan luar, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. nyaman je rasanya. tiba2, ade plastik megi yang jatuh dengan slow motion nye seperti seorang puteri yang turun dari langit. ewaahhh. lepas tu turun pulak, plastik perencah dan serpihan nye. Woii! bilik kau takde tong sampah ke? kesian pakcik2 yang kerja dekat situ, setiap pagi nk kena kutip sampah dekat bawah. mencabar kot nak bersihkan bangunan tu.

Tingkap bilik aku ni kadang2 tutup, kdg2 bukak, nak dijadikan cerita, masa tu tingkap bilik terbuka sedikit, dan tiba-tiba ade air jatuh dari atas dan terkena tingkap bilik kitorg. nak tahu, air tu air kumuhan dari org berus gigi tahu? wooi!! rumah korang takde sinki ke? selekeh betul la diorg ni. apa punya perangai la. tak faham.

Tahu, lift dekat blok B tu busuk sgt. dah la dia guna carpet. pernah sekali nak masuk lift tu, aku rasa mcm nak termuntah. Sekianlah ntuk entry yang beremosi sikit kali ini. hewhewhew. wassalam.

1 comment:

NUARAHMAN said...

Wah! banyaknya update...