kerang itu puncanya.


adeh. adehh. adehh. food poisoning. semalam lepas k.zara amek aku dekat salak selatan. kitorang singgah  makan dekat kedai ape ntah namanya dalam pukul 6 ptg. aku order sirap bandung dgn char kuey teow. aku suka jugak la makan char kuey teow and so far, ade 1 tempat je yg aku suka makan makanan ni iaitu dekat depan masjid Al-Azim Melaka. kalau order mesti nak char kuey teow kerang. ye "kerang". heh.

pagi ni aku kerja, dari rumah aku dah rasa loya2. mcm nak muntah, tapi tak berjaya nak muntah dekat rumah. sampai je dekat TM, perut aku mcm xsedap, setiap pagi aku sampai awal, then aku suka pergi toilet yg dekat surau tu sebab dia ada cermin besar. selalu la aku betulkan baju and tudung aku depan cermin tu. tak sangka pagi ni aku muntah.



naik office, aku cari punca food poisoning. jeng2. aku jumpe ni.

Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
  • Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
  • Roti dan kuih-muih
  • Makanan laut seperti kerang
  • Daging- lembu, ayam, ikan
  • Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.


    masa makan char kuey teow tu, kerangnya memang rasa lain sikit disamping makanannya yg xsedap. buat masa sekarang terasa trauma nak makan kerang dan rasa loya2 tu masih ade sampai sekarang. rasannak muntah ni sgt tak bestt. rasa mcm nak balik je. tapi aku dah cuti kot semalam. heh.

    the end. wekkk!        

No comments: