apa yang tak sedap dibaca~

holla. salam ADVANCE untuk semua. penat jugak blogwalking ni. heh. tak sangka pulak blog2 yang aku follow ni banyak jugak blog2 politik. aku takde masalah kalau orang nak bercerita pasal politik ni. boleh je dengar. tapi yang aku tak suka,  bila diorang start nak mengutuk parti sana, parti sini. wondering, yang tulis blog2 ni siapa? kenapa diorg taksub sangat. kalau boleh setiap apa yang parti lain tu buat, waima benda2 kecil pun nak dipertikaikan. 



ni lah masalah dunia politik kita sekarang. masing-masing nak menjatuhkan. kalau betul-betul diorg tu ikhlas nak membangunkan negara, diorang sepatutnya, saling bekerjasama, bantu-membantu, bukan nya saling mengutuk, menjatuhkan, memalukan pihak lain. bagi aku takde masalah kot kalau kita nak bantu parti lain. diorang ni dah salah konsep agaknya. 

sepatutnya, orang-orang yang dalam dunia politik sepatutnya lebih ikhlas dan telus, tidak ada kepentingan dalam diri diorang. bila diorang sokong sesebuah parti politik untuk kepentingan diri diorang, even apa yang parti diorang tu buat, diorang akan rasa benda tu betul je dan nak menang je. sebagai ahli politik atau mereka-mereka yang fanatik dengan parti masing-masing sepatutnya fikir tentang masyarakat. bantu masyarakat bukannya pentingkan diri sendiri. 

Blog ni adalah salah satu medium yang boleh mempengaruhi pemikiran pembaca. kalau hebat penulisan blogger tu, pastinya pembaca2 akan terpengaruh. tapi bagi aku, kalau aku scroll dari atas sampai bawah, asyik nak salahkan dan mencari salah orang, memburukkan dan mencari keburukan orang, aku rasa, cara mereka dah salah. tu bukan mempengaruhi orang, malah membawa image yang buruk tentang parti yang mereka bawa tu. 

well, supposedly blogger perlu tunjuk image yang baik untuk parti mereka. kalau kita nak tarik perhatian orang, kita kena la tunjuk contoh yang baik, barulah boleh jadi ikutan dan buat orang kagum dengan parti yang diorang bawa. bukannya memburukkan parti mereka dengan ayat2 yang tak elok, tuduhan melulu dan fitnah-fitnah.

 aku harap, pemimpin-pemimpin akan datang, akan bawa penghijrahan yang besar dalam dunia politik kita. orang melayu kita sekarang ni cuma pegang politik je sekarang. harapnya, bila politik kita baik, ia akan bawa perubahan yang baik dari semua aspek macam pendidikan, ekonomi, ketamadunan rakyat Malaysia dan sebagainya. 

sekian untuk entry kali ini. =.= 

handphone saya, bukan handphone awak ;)

Tadaaa. whatsapp kawan2.  hewhew. pakai smartphone dah sekarang, barulah pandai nak sebut whatsapp, whatsapp ni. hari ni nak cerita sikit pasal handphone. handphone saya, bukan handphone awak. sepanjang aku hidup ni, ade la beberapa list handphone yang aku pernah guna. maksudnya yang menjadi hak milik, samada hak milik kekal atau pun tak, tu yang kita nak tengok ni. dari dulu, aku sangat percaya dekat nokia. apa2 brand aku tak pandang. mesti nak cari Nokia. tengok la, aku berubah arah ke tak. 

mula-mula aku pakai phone masa aku form 3 kot. (kurang ingat). masa tu aku pakai handphone kakak aku. dia dah beli handphone baru, then dia bagi la aku guna handphone ni. tapi, malang nasibku, handphone tu rosak setelah beberapa ketika aku guna. nilah dia handphonenye, iaitu handphone butterfly. kecil, comel je handphone ni, lampu dia pun warna biru masa tu. casing yang aku guna mase tu ialah warna biru+putih. dapat bayang tak? comel kan? 
                                                              


then aku masuk asrama masa form 4. masa tu aku tak pakai handphone.selalu pinjam2 handphone kawan. sampai kan kantoi dekat sekolah sebab masa tu handphone nye berbunyi dalam kelas, ape lagi, kena lah marah. dengan cikgu garang pulak tu. hampehh. masuk je form 5, abg aku belikan aku handphone. gila manja aku, siap nangis2 nak handphone lagi. mengada sungguh waktu tu. then abang aku beilkan aku handphone ni. tapi dia warna hitam+putih. lampu dia warna kuning masa ni. huhu
                                                                 


aku pakai hamdphone yang dekat atas ni, dari sekolah, sampai aku masuk PLKN. masa PLKN tu, aku guna je lah handphone atas tu. lepas habis PLKN, aku guna duit elaun PLKN yang aku dapat dengan ditambah sedikit oleh ibu aku, then aku pun beli handphone ni. ni lah handphone nye. warna ni lah dia. comel kan? warna putih+hitam+hijau. hewhewhew. advance sikit la pada waktu itu. 
                                                                


lepas tu, handphone yang dekat atas ni, dia macam dah rosak2 sikit, so, aku tukar dengan abang aku, sebab dia ade 2 handphone pada waktu itu. handphone dia dua-dua gemuk, so dia nak yang kurus satu, so, kitorang pun tukar la handphone. handphone gemuk abang aku tu, ialah handphone daun (tak tahu model apa). bagi mengubati kerinduan terhadap handphone yang dekat atas tu, aku pun tukar casing abang aku dari warna hitam kepada warna hijau. aku pakai handphone daun ni dari sem 1 sampai sem 2. (masuk UiTM dah masa ni)
                                                                    


masuk je sem 3, aku guna handphone yang dekat bawah ni. aku beli handphone ni guna duit aku jadi baby sitter kakak aku. huhu. masa sem 3, aku jual topup. aku guna handphone ni lah untuk jual topup. kawan2 aku selalu tegur, dia cakap nanti handphone ni cepat rosak. aku guna sampai awal sem 6. dalam waktu ni, aku ade guna lagi 1 handphone. ni pun orang bagi. hewhew. waktu ni, aku pakai 2 handphone. haa, dari sini aku start pakai handphone samsung. hehe

                                                

tadaaa~ ni lah handphone yang aku guna sekarang. mereka2 suruh aku beli samsung galaxy note mini (ni kot), tapi aku tak suka, sebab shape dia kelihatan seperti bujur dekat tepi, aku suka bentuk yang petak sikit. so, aku pilih untuk beli yang ni. sekarang pun pakai 2 hanphone dengan handphone samsung yang dekat atas tu. sekarang perception dah beralih untuk memilih samsung. nokia please la, anda dah banyak kehilangan customer. improve2.

                                                                   

sekian untuk entry kali ni. :) salam ADVANCE untuk semua.


oh my practical~

huhuhui. bosan. bosang. bosan. bosang. tu je perasaan yang ada ketika ini. aku pun tak tahu ape naseb aku sepanjang 6 bulan dekat menara 54 tingkat ni. takde benda yang aku buat. sepanjang 3 minggu dekat sini, aku baru je pergi 2 site survey, 1st dekat Jugra Banting yg secong dekat Sabak Bernam, selangor. buat network diagram, pergi meeting, cari voting, class session dan selebihnya dihabiskan masa dengan online. kalau 6 bulan ni aku datang dan balik macam tu je, memang la buang masa sangat.

sambil duduk2 menghabiskan waktu dengan online ni, aku cuba mencari kepuasan untuk diri aku bagi memuaskan hati sendiri. jeng. jeng. jeng. so far, aku online, bace blog, update blog, active dekat google plus, nasib baiklah kawan-kawan aku pun dah start active, kalau tak, memang meroyan lah aku sorang-sorang dekat situ. selain tu, aku cuba belajar bahasa mandrin. "wo du jhong whun boo hau" (my chinese is bad). dah lama rasanya tinggalkan chinese language ni. dah lupa dah semua. dulu ade jugak belajar sikit2 dari kawan-kawan.

dalam minggu 1st dengan 2nd, hari2 aku beli nst, kalau beli nst, aku akan baca paper tu dari depan sampai belakang, siap patah balik baca semula paper tu. punyalah bosan tahap maut. kalau 6 bulan macam ni, memang boleh maut aku ni.

demi mencari kegembiraan diri sendiri, aku pun menjinakkan diri untuk edit gambar. aku mintak nuar emailkan gambar2 kelas, then aku pun start mengedit. huhu. seriously, semakin hari semakin tekanan untuk berada disini. mungkin org lain tekanan dengan kerja, tapi aku tertekan keran aku terpaksa membuang masa yang sangat banyak.

Aku datang practical banyaknya online, borak, online, dengar lagu, makan, then, balik. tu jelah yang aku mampu. kalau duduk rumah, boleh masak, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya. and yang paling penting sekali, aku sentiasa diburu rasa menyesal kerana tolak tawaran maxis hari tu. sangat2 menyesal. dah la, taknak cerita pasal maxis lagi. nak menangis rasanya. mungkin aku akan bawa beberapa movie untuk aku tengok dekat sini. aku kurang sikit nak tengok2 movie ni, tapi kalau dah terpaksa, aku akan habiskan jugak kot movie2 dalam lappy aku yang dah lama tersimpan tu. hewhewhew

so, untuk adik2 yang akan practical, akak nasihatkan supaya carilah private company. company kecik pun takpe. lagi bagus kot. so, dekat dengan bos. dan cari yang ade elaun. jangan macam aku ni. hampehhhh ! 6 bulan buang masa dan buang duit. !

nilah dia beberapa gambar yang aku edit.

with roomate: ayie

with classmate: pre-graduation

ayie

with ice cream during MAHA

with classmate: visit Terengganu

sha dengan mak dia. aku curi gambar ni sebenarnya. sorry. hehe

sekian untuk entry kali ni. wassalam

Tinggal dibangunan yang tinggi

selamat pagi, petang, malam, tengahari atau dalam apa-apa waktu pun. selamat saya ucapkan. duduk di k.l ni banyak cabaran dan dugaan. tapi tiada kene mengena dengan entry kali ini. bila duduk dekat sini, aku banyak nampak rumah-rumah flat, apartment, kondominium  dan bangunan yang tinggi. almaklumlah. orang kampung, tak biasa dengan bangunan tinggi ni. tapi aku merasa la kan duduk dekat bangunan yang tinggi, masa aku belajar dekat melaka. 

                                                              

Kalau boleh dah kerja dan kahwin nanti, aku tak nak duduk dekat rumah flat or apartment. kalau boleh lah. kalau apartment yang 5 or 6 tingkat takpe lah. masa dekat melaka, aku duduk dekat apartment Yayasan Melaka. Apartment ni 16 tingkat. 3 sem aku duduk dekat situ. 2 sem aku duduk dekat blok A, dan dapat level 11 dgn 14.

yang nak diceritanya, masa aku duduk dekat blok B, dapat level 5. aku tak tahu la macam mane pihak pengurusan buat kerja. macam mana dia boleh satukan budak lelaki dan perempuan dalam satu bangunan. Dan budak-budak lelaki kena duduk dekat level atas. kitorg yg perempuan ni jadi mangsa keadaan di level bawah. Yang lelakinye kalau berhati budiman tak pe. ni semua, hampehh. almaklumlah, kanak2 lagi, sebb diorg ni student *****, *** dan apa ntah. so, umur diorg ni belum matang lagi. 

                                       
macam-macam yang berlaku sepanjang aku duduk dekat blok B. Diorang dah la suka buat bising. dan yang paling geram, diorang suka campak2 sampah keluar tingkap. tak bertamadun langsung. diorg tak fikir ke keadaan kitorg yang dekat bawah ni? bukan setakat sampah, air, kulit durian, tin-tin kosong semua nak dicampak keluar. 

Masa hari tu, aku berdiri lah tepi tingkap untuk menikmati pemandangan luar, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. nyaman je rasanya. tiba2, ade plastik megi yang jatuh dengan slow motion nye seperti seorang puteri yang turun dari langit. ewaahhh. lepas tu turun pulak, plastik perencah dan serpihan nye. Woii! bilik kau takde tong sampah ke? kesian pakcik2 yang kerja dekat situ, setiap pagi nk kena kutip sampah dekat bawah. mencabar kot nak bersihkan bangunan tu.

Tingkap bilik aku ni kadang2 tutup, kdg2 bukak, nak dijadikan cerita, masa tu tingkap bilik terbuka sedikit, dan tiba-tiba ade air jatuh dari atas dan terkena tingkap bilik kitorg. nak tahu, air tu air kumuhan dari org berus gigi tahu? wooi!! rumah korang takde sinki ke? selekeh betul la diorg ni. apa punya perangai la. tak faham.

Tahu, lift dekat blok B tu busuk sgt. dah la dia guna carpet. pernah sekali nak masuk lift tu, aku rasa mcm nak termuntah. Sekianlah ntuk entry yang beremosi sikit kali ini. hewhewhew. wassalam.

kerang itu puncanya.


adeh. adehh. adehh. food poisoning. semalam lepas k.zara amek aku dekat salak selatan. kitorang singgah  makan dekat kedai ape ntah namanya dalam pukul 6 ptg. aku order sirap bandung dgn char kuey teow. aku suka jugak la makan char kuey teow and so far, ade 1 tempat je yg aku suka makan makanan ni iaitu dekat depan masjid Al-Azim Melaka. kalau order mesti nak char kuey teow kerang. ye "kerang". heh.

pagi ni aku kerja, dari rumah aku dah rasa loya2. mcm nak muntah, tapi tak berjaya nak muntah dekat rumah. sampai je dekat TM, perut aku mcm xsedap, setiap pagi aku sampai awal, then aku suka pergi toilet yg dekat surau tu sebab dia ada cermin besar. selalu la aku betulkan baju and tudung aku depan cermin tu. tak sangka pagi ni aku muntah.



naik office, aku cari punca food poisoning. jeng2. aku jumpe ni.

Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
  • Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
  • Roti dan kuih-muih
  • Makanan laut seperti kerang
  • Daging- lembu, ayam, ikan
  • Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.


    masa makan char kuey teow tu, kerangnya memang rasa lain sikit disamping makanannya yg xsedap. buat masa sekarang terasa trauma nak makan kerang dan rasa loya2 tu masih ade sampai sekarang. rasannak muntah ni sgt tak bestt. rasa mcm nak balik je. tapi aku dah cuti kot semalam. heh.

    the end. wekkk!        

smoking oh smoking~

are you smoking? smoking, dah jadi perkara biasa terutamanya bagi lelaki. Aku tak suka dengan bau rokok. ayah aku adalah perokok tegar. dari kecik aku tegur dia supaya jangan merokok,tapi dia merokok jugak. masa sekolah rendah dulu, aku kene buat keburukan  merokok dalam kertas mahjung. then, aku bawak balik kertas mahjung tu dan tampal dekat rumah. punya lah bersemangat nak suruh ayah aku berhenti merokok. tapi hampaa. huu.

Orang lelaki smoking, normal bagi aku. tapi, kalau orang perempuan yang smoking, aku terasa sangat2 janggal. Alkisahhh, aku kerja dekat menara TM. masa balik hari tu, aku ternampak seorang budak perempuan ni, cantik, manis, bertudung litup, tapi dia hisap rokok. sadis aku tengok. kalau perempuan yang bukan2 tu, mungkin aku tak terperanjat kot. tapi dia berpakaian elok kot. malu rasanya lihat dia sebegitu. takde rasa malu langsung. 

Kalau rasa tak boleh berhenti merokok, at least hormat orang lain yang tak merokok ye. pernah sekali, aku tegur budak lelaki tu sebab dia merokok dekat tempat makan. nasib baik dia tukar tempat duduk. kalau tak, makan asap rokok la aku nampaknye. 


berhentilah merokok, merokok tak baik untuk kesihatan. :)

ohhh. ibu ku mengidam~


Alkisahhh. tersebutlah kisahhh. hari ni nak bercerita sikit tentang hidup aku. tau ape itu mengidam? heh. tau la kan. takkan la tak tahu. masa ibu aku mengandungkan aku, ibu aku ada mengidam something. jeng3x. ada ke patut ibu aku nak minum air teh mesyuarat. ape tu? haha. biasalah, duduk kampung, adalah community, so, may be mase tu ada lah mesyuarat. tapi tak tahu la mesyuarat ape. Lepas mesyuarat mestilah ada makan2. Biasanya air yg di sediakan ialah air teh dah kopi. masa tu ayah aku nak pergi mesyuarat and ayah aku pun bawak la bekas air, untuk bawak balik air teh dari mesyuarat tu bagi menghilangkan rasa mengidam ibu. nasib baiklah permintaan ibu aku tak susah nak cari. tapi macam segan je, nak bawak balik air dari mesyuarat tu. nampaknya, ayah aku kena la tebal kan muka. tapi, bagi aku, air teh org mesyuarat ni, memang lain la rasa dia. sedap. hihihi.




selain itu, ibu aku jugak mengidam nak makan rojak. tapi rojak yang ibu aku nak ni, mesti dibuat oleh org india atau ibu aku sebut dia rojak k_ _ _ _ g. (sensitif2) huhu. tak tahu la kenapa. tapi ibu aku cakap, rasa rojak orang melayu dengan orang india buat lain rasanya. Ibu aku cakap, sebab tulah bulu mata aku panjang, sebab orang india ni biasanya bulu mata diorang panjang dan lentik. nasib baik, kulit aku tak gelap sangat katanya. hehe. Dulu ada orang india yang jual2 baju junjung2 dekat kepala kan? orang2 india tu selalu masuk kampung aku and jual. masa tu, ibu aku dekat kebun kot, then ibu beli baju dari orang india tu untuk aku. huu. mungkin ni lah rupa rojak yang ibu aku mengidamkan sgt tu. nampak pun macam sedap. tapi, aku kurang sikit nak makan rojak. tapi kalau ada depan mata, and kalau orang belanja, laju je aku makan. hehe.


Tersebutlah kisahhhh. hehe. korang pulak macam mane? huhu. sebenarnya masa adik beradik aku yang lain pun ada yang ibu aku mengidam. kakak aku, ibu aku mengidam nak makan burger. sampai sekarang pun, kakak aku suka sangat makan burger. naseb baik dia tak gemuk. abg aku zahin, dia mengidam nak makan a.b.c. huhu. sekian untuk entry kali ini. wassalam.