Salam ADVANCE semua. junjung Al-Quran kadang kala digunakan manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang baginya tidak ada cara lain selain menyerahkan hal tersebut dengan cara bersumpah bahawa setiap perkataan itu benar. namun, ada manusia yang sanggup berbohong dan sanggup ditimpa apa sahaja dari mengaku setiap kesalahan tersebut. samada cara ini boleh dilakukan atau tidak, Allahu'alam.
Alkisah, masa aku duduk di asrama, ada seorang kawan hilang duit dalam dorm. dan pada waktu tu, takde sape pun yang nak mengaku. kebetulan, aku baru je masuk dorm tu atas sebab yang tidak dapat dielakkan. note RM50 tu kawan aku letak area katil dia katanya. dan aku je pulak tu yang tidur dengan dia dekat katil bawah. pada waktu yang sama jugak, aku selalu mengelak untuk berada dalam dorm tu, sebab selalu je tidur dekat dorm kawan lain dan kadang-kadang je aku masuk dalam dorm tu. Aku tak selesa. diorang tak best. aku nak kawan2 aku. kakak2 dekat situ suka ketawa kuat2. poyo pulak tu. belagak. sombong. haihh. semua la. dan ibu aku pun biasanya bagi aku duit yang agak banyak bagi seorang student yang duduk asrama. kadang-kadang rm100 or rm150 untuk tempoh 3 minggu.
seolah-olah semuanya tertolak kepada aku bahawa akulah yang ambil duit tu. walaupun diorg tak cakap, tapi aku dapat merasakan yang diorg tuduh aku yang ambil duit tersebut. nak dijadikan cerita, mereka bercadang untuk buat MD(mesyuarat dorm) dan mereka mengambil keputusan untuk menjunjung Al-Quran. tapi bagi aku tak adil sebab mereka buat untuk junior je. senior2 tak payah katanya.
kitorg pun ditutup matanya dan akan ada senior yang datang duduk dekat sorang-sorang dan memujuk supaya mengaku kalau betul kitorg yang ambil duit tu. aku pun didekati seorang senior, dan dia tanya, aku ke yang ambil duit tu? aku pun cakaplah tak. dah memang aku tak ambil pun. dalam keadaan aku menjunjung Al-Quran tu, aku sendiri memmang rasa menggigil. mungkin sebab takot dituduh. orang cakap, berani kerana benar. tapi aku tak tahu kenapa aku takot. mungkin aku takut persepsi orang pada aku waktu tu.
Tiada hasil dari junjungan Al-Quran tersebut. Tiada siapa yang mengaku. tapi mereka cakap ada beberapa orang suspek. dan pada waktu itu, ada beberapa mata yang memandang aku. nervousnya kena tuduh! . well takpelah. Allah tahu segala-galanya atau pu mereka memang syak orang lain tapi aku yang terasa, tak tahulah.
Bila aku jadi senior, ada lagi kes hilang duit. tapi waktu zaman aku, memang banyak sangat kes hilang duit ni, sebab ada orang lelaki yang ceroboh masuk asrama perempuan. tapi kali ni aku dengar kes hilang duit dan si pengambilnya dari kawan dorm aku yang lama. bukannya nak menuduh tapi itujelah yang aku dapat jangka. Banyak rupanya kes2 berkenaan beliau. well, muka tak menggambarkan siapa kita. sama ada dia atau bukan yang ambil duit tu, dia dan Allah je yang tahu.
semoga dosa terampun. ambil pengajaran. wassalam.
No comments:
Post a Comment