Salam ADVANCE semua. pagi-pagi ni terdengar radio suria f.m pulak. sebab terdengar keluhan seorang ayah (encik Y) yang sedih dengan sikap anak-anak remaja mereka. yang paling menyentuh hati bila, ayah ini menangis bila dia menasihati anak-anak remaja mereka. kedegilan tahap apa pun tak tahu la anak-anak encik Y ni. tak sanggup rasanya nak tengok ayah aku menangis atas kedegilan aku. anak-anak remaja ni seharusnya bersyukur sebab dapat ayah yang berhati lembut macam encik Y. aku rasa mungkin anak-anak ini terlalu dimanjakan sehingga apa pun yang orang cakap mereka tak nak dengar.

didikan kepada anak-anak memang penting. tak semestinya ibubapa mereka baik, anak-anak mereka pun akan baik. ramai yang aku jumpa, ayahnya imam, orang baik-baik, pekerjaannya baik-baik, tapi anak-anak mereka tak menunjukkan sifat-sifat ibubapa mereka. dimana silapnya? betullah jika dikata, "Iman tak dapat diwarisi,Dari seorang ayah yang bertaqwa" dan mungkin ada juga, ibubapanya tidak baik, tapi mereka mempunyai anak-anak yang sangat baik. beruntung ibubapa ini, ada anak-anak yang baik dan akan mendoakan mereka.

slot pagi ni, menjemput Dato' Fadzilah Kamsah. (agaknya la, aku tak follow pun radio ni) tapi dia ada beberapa tips untuk memperelokkan anak-anak yang degil ini. katanya,

1)ibubapa perlu menasihati anak-anak mereka sebanyak 200 kali.
2)sentuh badannya. (kedegilannya akan pecah),
3) baca doa pelembut hati.

Doa Pelembut Hati:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

4) layan macam kawan. nasihat.
5) kalau ada kerja, buat sama-sama dan sesekali pantau.
6) doakan mereka.
7) solat berjemaah.

itulah dia cerita untk pagi ni. wassalam :D

Salam ADVANCE semua. junjung Al-Quran kadang kala digunakan manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang baginya tidak ada cara lain selain menyerahkan hal tersebut dengan cara bersumpah bahawa setiap perkataan itu benar. namun, ada manusia yang sanggup berbohong dan sanggup ditimpa apa sahaja dari mengaku setiap kesalahan tersebut. samada cara ini boleh dilakukan atau tidak, Allahu'alam. 

Alkisah, masa aku duduk di asrama, ada seorang kawan hilang duit dalam dorm. dan pada waktu tu, takde sape pun yang nak mengaku. kebetulan, aku baru je masuk dorm tu atas sebab yang tidak dapat dielakkan. note RM50 tu kawan aku letak area katil dia katanya. dan aku je pulak tu yang tidur dengan dia dekat katil bawah. pada waktu yang sama jugak, aku selalu mengelak untuk berada dalam dorm tu, sebab selalu je tidur dekat dorm kawan lain dan kadang-kadang je aku masuk dalam dorm tu. Aku tak selesa. diorang tak best. aku nak kawan2 aku. kakak2 dekat situ suka ketawa kuat2. poyo pulak tu. belagak. sombong. haihh. semua la. dan ibu aku pun biasanya bagi aku duit yang agak banyak bagi seorang student yang duduk asrama. kadang-kadang rm100 or rm150 untuk tempoh 3 minggu.

seolah-olah semuanya tertolak kepada aku bahawa akulah yang ambil duit tu. walaupun diorg tak cakap, tapi aku dapat merasakan yang diorg tuduh aku yang ambil duit tersebut. nak dijadikan cerita, mereka bercadang untuk buat MD(mesyuarat dorm) dan mereka mengambil keputusan untuk menjunjung Al-Quran. tapi bagi aku tak adil sebab mereka buat untuk junior je. senior2 tak payah katanya.

kitorg pun ditutup matanya dan akan ada senior yang datang duduk dekat sorang-sorang dan memujuk supaya mengaku kalau betul kitorg yang ambil duit tu. aku pun didekati seorang senior, dan dia tanya, aku ke yang ambil duit tu? aku pun cakaplah tak. dah memang aku tak ambil pun. dalam keadaan aku menjunjung Al-Quran tu, aku sendiri memmang rasa menggigil. mungkin sebab takot dituduh. orang cakap, berani kerana benar. tapi aku tak tahu kenapa aku takot. mungkin aku takut persepsi orang pada aku waktu tu.

Tiada hasil dari junjungan Al-Quran tersebut. Tiada siapa yang mengaku. tapi mereka cakap ada beberapa orang suspek. dan pada waktu itu, ada beberapa mata yang memandang aku. nervousnya kena tuduh! . well takpelah. Allah tahu segala-galanya atau pu mereka memang syak orang lain tapi aku yang terasa, tak tahulah. 

Bila aku jadi senior, ada lagi kes hilang duit. tapi waktu zaman aku, memang banyak sangat kes hilang duit ni, sebab ada orang lelaki yang ceroboh masuk asrama perempuan. tapi kali ni aku dengar kes hilang duit dan si pengambilnya dari kawan dorm aku yang lama. bukannya nak menuduh tapi itujelah yang aku dapat jangka. Banyak rupanya kes2 berkenaan beliau. well, muka tak menggambarkan siapa kita. sama ada dia atau bukan yang ambil duit tu, dia dan Allah je yang tahu.

semoga dosa terampun. ambil pengajaran. wassalam.